Thursday, April 16, 2009

my weekend -Colmar Bukit Tinggi

so last weekend papa tak balik....n minggu ni papa kenala habiskan masa extra sikit with the kids ...at last we decided to go to Bukit Tinggi...this is the second time i go...nothing changes ..Bukit Tinggi is still the same ...but for the kids...they are really enjoyed it very much..
my little Alya keletihan ...sweet dreams...dia tak meragam sangat...alhamdullilah so kami dapat meneruskan aktiviti dengan lancar....

Addin n Ain try nak buat kad dengan sand...3 tahun aktiviti yang sama kat bukit tinggi kan..kalau sesape keje kat berjaya baca blog nie...buatla perubahan....
wajah terbaru kami suami isteri...konon je pantang..pantang nampak makanan sedap...tu yang kurus sangat...
Wajah ceria ain coz dapat berjalan-jalan minggu tu...posed

small family reunion....ayah chik pun ada course di colmar... muke die macam hubby i kan..
aktiviti di Rabbit park..Ain excited sungguh dapat jumpe rabbit-rabbit tu..samala dengan Addin yang excited naik kuda..control

masuk pertandingan mewarna kat rabbit park...hehe dapat hadiah tiket free ke times square...




Monday, April 6, 2009

Alya kena Jaundice


Pada hari ke 4 Alya kena jaundice ..pada mula saya ingatkan jaundice yang biasa rupanya tidak so... saya tulis sedikit artikel tentang jaundice..jaundice adalah penyakit kuning yang biasa melanda baby yang baru lahir..

Tanda-tanda jaundice ialah kita akan nampak kekuningan pada muka, terutama mata dan badan baby...jaundice disebabkan sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh badan baby yang dinamakan bilirubin..bilirubin ini akan diproses oleh hati baby...oleh kerana hati baby tidak matang..kandungan bilirubin tidak dapat diproses so terjadi lah jaundice.

Alya terpaksa dimasukkan ke wad kerana bacaaan bilirubinnya 14. sedih sungguh masa tu..maklum badan tak kuat lagi dah kena masuk wad balik pada hari ke 8.

Jaundice ada beberapa jenis

  • Jaundice fisiologi -jaundice yang biasa menyerang baby..pada hari pertama dan akan hilang pada hari ke -7.
  • Jaundice susu ibu-jaundice yang disebabkan oleh susu ibu...selalu akan mengambil masa yang agak lama untuk hilang...Alya kena jaundice susu ibu...so it takes 40 days to cure.
  • Pemecahan Darah-kumpulan darah tidak sama antara ibu dan bayi ABo atau Rhesus incompatibility
  • Jangkitan kuman -Jangkitan otak, Jangkitan Salur Kencing, Jangkitan dalam kandungan cth herpes, cmv
  • Kesan Metabolik-kurang hormon tiroid, galaktosemia
  • Aliran Bilirubin tersumbat - Biliary atresia , jangkitan neonatal hepatitis

Rawatan
  • Susu Ibu -Pemberian susu ibu yang berterusan supaya baby akan kerap buang air besar kerana bilirubin ini 70% akan keluar melalui najis 30% keluar melalui air kencing..susu ibu bertindak sebagai laksatif yang memudahkan baby membuang air besar..tapi kalau jaundice yang disebabkan oleh susu ibu..di nasihatkan ibu-ibu tidak menyusukan anak sementara waktu.. masa ni susu ibu boleh diperah dan disimpan...ada juga nasihat supaya susu ibu diteruskan jugak..tapi ibu kena menjaga pemakanan ...tak boleh makan jamu..atau herba..
  • fototerapi-cahaya spektrum biru khas untuk mengurangkan paras bilirubin..cahaya biru ni akan menukarkan bilirubin kepada..bahan kimia yang kurang merbahaya.
  • Pemindahan Darah-dilakukan apabila nilai bacaan bilirubin lebih dari 20